Wednesday, March 18, 2015

post yang Santai-santai je..

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita tentang kisah semalam..Baru hari ni ada mood nak menaip..hehe..Alkisahnya macam ni..Semalam pagi-pagi lagi dah keluar..Lepas sarapan roti canai,terus pergi Plaza Alam Central untuk buat SSM.Dulu memang asa SSM tapi dah expired tak renew..hehe.Lebih baik buat baru je kan.Masa pergi tu punyalh kebuntuan nak letak nama syarikat..Kena pilih 3 nama pulak tu.Last-last,mintak post kat whatsapp family mintak dorg tolong carikan..macam-macam nama yang dorg bagi..Tapi dalam banyak-banyak tu nama yang adik lelaki saya pilih menjadi pilihan saya..Tahniah adik ku..mu memang kreatif..haha.
Masa sampai tu tak ramai pun orang lagi..ambil borang dan isi.Ishhh...paling tak suk nak isi-isi borang ni..sib baik pergi dengan kawan.Apa lagi kawan lah yang jadi mangsa tolong isikan.
Lepas ambil no giliran.duduk sekejap..tengok-tengok no giliran dah tertera kat screen,wahhh bestnya cepat betul.Yang paling best nama syarikat yang pertama tu yang terpilih..Kos buat SSM rm70 je.renew rm60.saya buat 2 tahun terus.Lepas semuany selesai masa saya keluar dari pejabat SSM tu..wowww..ramainya orang beratur kat kaunter borang tu..fuhh sib baik saya datang awal pagi.
Dah habis kat sini,saya dengan kawan terus pergi GM Klang pulak.ek eh..tk sangka jump plk sepupu den kek sini..hehe.Kami ke sini sebab kawan saya nak borong tudung.Cantik-cantik tudung..puas jadi model bila tuan punya kedai tu bagi cuba setiap sehelai tudung keluaran baru yang ada kat kedai beliau.Adoiii  ai..semua cantik-cantik.Beli gaklah 2 helai,tudung nelofa..kalo pakai tak ayu macam nelofa tak tau lah nak cakap.hehe..Lepas tu kami beli rak untuk letak barang.Harga rm165.dapat kurang rm160 je,syukurlah dapat gk kurang rm5.Opssss..lupa nak cakap kami lunch kat restoran nyonya..saya makan mee kari,kawan saya makan nasi goreng.tengok orang sebelah minum abc..mcm sedap je.tapi dah order air pulak.Lain kali lah.
Dalam pukul 4 petang kami balik..tekak terasa perit.sampai rumah baru tersedar saya tak minum air kosong pn lagi..huhu.patutlah tekak perit semacam.Saya minum gak sikit-sikit tapi kerap-kerap.dapat gaklah minum 1 liter air menjelang malam.
Dah alang-alang cerita pasal air ni saya nak share panduan air yang diperlukan mengikut berat badan kita.



Hubungi saya

awaza ns

Shaklee Independent Distributor

[ID No : 887384]

Mobile/Whatsapp:0126524529

Emel:awaza_ns@yahoo.com

Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

2 comments:

  1. Hye Awaza, singgah malam ke sini, pi GM ye, memang sakanlah memborong kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ak ah anajingga..tu pun tak abis ronda lagi.hehe.

      Delete

 
full design blog:jiakreatifelt