Sunday, February 22, 2015

Tips untuk menghadapi cuaca panas

Sekarang ni cuaca panas sangat kan.Duduk dalam rumah pun dah terasa bahang panasnya,apatah lagi kalau kita berada di luar.
Apa-apa pun kita kena redha dengan apa jua situasi yang kita hadapi sekarang dan mengambil langkah-langkah pencegahan supaya kesihatan kita lebih terjaga.
Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :
1. Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
2. Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
3. Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
4. Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
5. Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
7. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
8. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita. 9. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
10. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
11. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
12. Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
13. Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal.
Sumber
http://www.mmgazette.com/panas-panas-cuaca-panas-dr-nur-hidayati/

Tip dan amalan dah diberi..ada lagi satu yang mungkin anda tak tau..hehe.

PERFORMANCE DRINK
Menjadi pilihan saya ketika musim panas.
Menjadi bekalan untuk anak-anak saya di asrama.
Kenapa saya pilih performance drink sebab
Ianya terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan.
Antara manfaat performance drink ialah
*Meningkatkan daya ketahanan badan
*Membekalkan tenaga dan daya ketahanan
  fizikal
*Mencegah penyahhidratan
*Mengekalkan paras gula.
Jom mulakan dari sekarang 1 keluarga 1 performance drink.

Hubungi saya
awaza ns
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 887384]
Mobile/Whatsapp:0126524529
Emel:awaza_ns@yahoo.com
Penghantaran terus/COD ke Sekitar Klang, Meru,Kapar,Seksyen 7, dan Pengedar Sah untuk Seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt