Friday, December 19, 2014

Percutian 2014

Hari ni kita lupakan pasal bisness dulu ek.Saya nak cerita tentang percutian pulak.Sapa yang tak suka kalau pergi bercuti kan.Tahun ni saya pergi bercuti dekat je.pergi Port Dickson je..plan asal nak pergi Langkawi.tapi tak book flight tiket awal-awal sebab suami tak tau bila dia boleh cuti.Lagi pula anak yang 2nd bercuti hanya 5 hari saja.sehari dia dah abiskan hari riadah dia bersama kawan-kawan.So saya hanya ada masa 3 hari je untuk manfaatkan hari bersama anak-anak.
Hari pertama
Sampai hentian Mambau kami singgah untuk makan tengahari dan solat zuhur..Untuk memudahkan kami buat jamak.Lepas solat kami teruskan perjalanan ke tempat yang dituju.
Pusing-pusing PD untuk cari tempat penginapan.kami ke sana tak booking apa2 pun.main redah je.hehe.Akhirnya dapat jugak tempat penginapan.Kami sewa apartment..kami check in dan berehat sebentar.Pukul 6 petang kami keluar untuk makan malam dan bersiar2 di pantai.Selepas menunaikankan solat maghrib kami balik untuk berehat.
Hari kedua
Subuh suami dan anak-anak pergi solat di Masjid..Saya solat kat apartment je.Pagi ni kami sarapan nasi lemak.Sedap nasi lemak orang PD ni.Alhamdulillah syukur..masih lagi diberi nikmat untuk makan..Lepas Dhuha..kami ke pantai.Wahh..indahnya ciptaan allah.Ya allah murahkan lah rezeki kami seluas lautan.Indahkanlah akhlak kami..Janganlah engkau lalaikan kami dari nikmat yang engkau beri.Jadikan kami orang-orang yang soleh dan  sentiasa bersyukur.Ombak agak kuat.Gembira tengok anak-anak dan suami  mandi laut.Ibu duduk tepi pantai je jaga bag.huhu.Tenang rasa hati,cuaca pun redup je.Lepas puas mandi kami balik ke apartment.Ibu lepaskan geram tak dapat mandi laut.Pergi mandi kat kolam renang je.alahai...sejak abis kelas renang tak pernah berenang nasib baik boleh terapung lagi.tapi skill berenang ke laut.lupa step.hehe.
Pukul 11.30 kami check out dan meneruskan perjalanan balik ke rumah,sebab petang suami ada appointment untuk bekam customer dia.Selamat tinggal Port Dickson..In sya allah kami akan datang lagi.

No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt