Saturday, December 20, 2014

Aktiviti syahmi sepanjang cuti sekolah.

Hari ni ibu tinggal sorg2 je kat rumah.Semalam Syahmi dah balik asrama untuk meneruskan pengajiannya.Sepanjang percutian 15~20 Dec 2014 memberi seribu kenangan dengan anak ini.Sepanjang bercuti dialah yang tukar lampu bilik air yang dah dekat sebulan tak bertukar..hehe.Dialah yang pergi beli sarapan.Lepas je balik dari masjid,mesti dia tanya..ibu nak sarapan apa?Hari ni tak ada orang belikan sarapan untuk ibu so ibu sarapan biskut je.huhu.
Tatkala anak2 lain masih lagi bercuti..dia dengan hati yang tabah dan penuh semangat melangkah masuk kereta untuk balik ke asrama.Walaupun luka belum baik sebab jatuh basikal ketika riadah bersama kawan2 di taman pertanian tanggal 16 Dec 2014(selasa).. Hati ibu pulak yang sayu tatkala menghantar anak ini balik.Sebaik keluar dari kereta anak ini sempat berpesan..ibu doakan syahmi..Hiba rasa hati.semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan sentiasa dalam rahmat allah.
* Benda baru yang syahmi buat..Dia dah  pandai drive kereta dari tempat parking ke halaman rumah....Terkejut ibu sebab ibu tak pernah ajar pun.Dia ada semangat keyakinan yang tinggi...bila tanya dia cakap,dia tengok macam mana step2 untuk drive bila ibu drive*.
Apakah..MEAL SHAKES sedikit sebanyak dapat membantu anak ini untuk fokus? hehe.

No comments:

Post a Comment

 
full design blog:jiakreatifelt